Kenapa hari ni tajuk cerita aku Masak Mudah?? Haa sebenarnya tajuk tu sebabnya hari ni aku masak apa yang ada dekat dapur je. hehe
Makanan tengahari hari ni ialah,
1. Ikan kembung Masak Tempoyak
2. Ikan Kembung goreng tepung
3. Sayur goreng bendi
4. Ulam Kacang Botol
Btw, aku ni mmg zero bab memasak ni. Beberapa bulan sebelum kahwin, aku rajin kan diri masuk ke dapur untuk sesuaikan diri. haha Now, kalau aku tak taw nak masak ape, aku google kan aje. Hehe Even resepi sebenarnya bukan lah ikan kembung untuk buat masak tempoyak, tapi aku bedal je ikan kembung semata-mata nak buat masam tempoyak. haha
Tiap-tiap hari ligat fikir nak masak ape. So hari-hari aku google resepi. Aku jarang masak makanan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Sebab aku tak taw rasa sebenar dia macam mana, jadi aku tak berani nak buat haha
Men aku share gambar makanan yang aku masak tadi. haahaa
Tadaaa.... Tengahari tadi sempat la snap sebelum ngap kan. Makanan orang kampung je hehe. Bila sis post gambar ni dekat socmed tadi, ramai yang tanya, "mana budu??"... haha Sis sebenarnya da lama sangat tinggalkan budu sampai dah ter syok makan ulam tanpa budu. Lagi lah rasa pahit-pahit ulam tu, fresh sangat berbanding cicah dengan budu. Korang nanti cuba lah hehe
Oke cukup lah hari ni share hehe... Babaii.. Assalamualaikum 💞

No comments:
Post a Comment